Thursday, 25 July 2019

7 SEBAB BELI RUMAH AWAL | HARTANAH

Semua orang memiliki impian untuk mempunyai hartanah dan rumah sendiri. Memiliki hartanah sendiri memberi satu kepuasan dalam diri pemilik kerana dapat mendeko sendiri kediaman mereka. Rumah ialah aset yang semakin lama semakin meningkat nilainya. Sebab itu digalakkan semua orang untuk membeli rumah lebih awal atau erti kata lain pada usia muda kerana: 

1️⃣ Usia yang muda membolehkan tempoh pinjaman [ tenure ] yang lebih panjang bermakna komitmen bulanan yang lebih rendah.

2️⃣ Harga hartanah dan rumah semakin lama semakin mahal . Kalau bukan sekarang bila lagi? Yang belum beli rumah menyimpanlah dari sekarang. Buat simpanan kalis inflasi yang nilainya sama naik dengan harga rumah. 

3️⃣ Hartanah sebagai pelaburan jangka panjang. Aset yang akan terus meningkat nilainya.

4️⃣ Rumah sebagai tempat perlindungi , kediaman bagi sebuah keluarga. Tak perlu berpindah-randah. Ada rumah sendiri , walaupun kecil tapi bahagia dan istimewa.

5️⃣ Hartanah sebagai salah satu simpanan paksa diri. Ramai orang buat pinjaman kereta dulu berbanding pinjaman rumah. Jadi orang muda instead of kereta belilah rumah dulu. Belum nak tinggal? Sewakan sahaja.

6️⃣ Tak perlu berdepan tuan rumah yang annoying jika menyewa. Walaupun lebih ramai lagi tuan rumah yang baik , tak selamanya kita menyewa. Anda ada duit, layak pinjaman dan mampu bayar? Beli terus rumah. Jangan tangguh.

7️⃣ Kenaikan gaji lebih perlahan berbanding kenaikan harga rumah , jadi beli awal-awal untuk pelaburan yang lebih berbaloi.

Cari RUMAH boleh terus ke PAGE RN PROPERTY CONSULTANT


No comments:

Post a Comment

7 SEBAB BELI RUMAH AWAL | HARTANAH

Semua orang memiliki impian untuk mempunyai hartanah dan rumah sendiri. Memiliki hartanah sendiri memberi satu kepuasan dalam diri pemilik ...