Tuesday, 4 September 2018

RESEPI ASAM PEDAS TETEL MELAKA @ GERANG ASAM DAGING

Entry blog kali ini tiba-tiba nak share resepi ( sebenarnya ada orang request resepi ) Jadi alang-alang tu saya sharekan kat blog sekali. Masak asam pedas tetel melaka atau dikenali juga masak gerang asam daging. Orang melaka tau la masakan ni. Sebab popular. Yang saya masak ini yang pekat. Siapa yang nak,boleh cuba. Yang ini resepi dan masak cara saya, mungkin lain sikit dari resepi dan cara orang lain. Terpulang masing-masing punya citarasa. Resepi ini resepi temurun orang lama, cuma saya adjust sikit ikut selera. Saya tak pandai kongsi resepi sebab tak tau nak bagi sukatan macam mana sebab saya ikut agak-agak sendiri. Bahan memang saya senaraikan bahan sebenar yang saya guna tanpa selindung. Untuk resepi ini, saya memang tak guna daging tetel ( daging bercampur lelemak, sebab tak gemar ). Saya guna daging biasa dan campur sikit tulang rusuk yang dah siap potong kecil.




Resepi Asam Pedas Tetel Melaka @ Gerang Asam Daging

Sebelum masak, daging + rusuk dalam 1kg dah siap potong diperap dulu. Tujuannya untuk melembutkan daging. Tak perlu tunggu terlalu lama untuk daging masak sampai empuk.

Tips : Petua orang lama nak lembutkan daging, masukkan sudu dalam piuk masak sekali
tapi yang ini saya lembutkan dulu daging cara moden.


CARA LEMBUTKAN DAGING

Perap dulu bersama 1 sudu soda bikarbonat , 1/2 sudu garam, 1/2 sudu gula, 2 sudu minyak sayuran, 1/2 sudu lada putih dan sedikit air ikut kesesuaian, gaulkan semua dan simpan dulu dalam peti sejuk 24 jam. Lagi lama lagi bagus.


BAHAN-BAHAN

Daging ( Dah siap perap )
Minyak masak untuk menumis ( pastikan cukup untuk masak cili blend sekali )
Bawang merah 4/5 biji + bawang putih 4/5 ulas + kunyit hidup saiz ibu jari di tumbuk
Lengkuas + Halia + Serai diketuk
1 cawan penuh cili kering siap blend.
1/2 sudu Jintan Putih + Jintan Manis ( 1/2 sudu tu dah siap campur 2 jenis jintan )
1 sudu rempah daging ( 1/2 sudu pun ok ) tak letak pun ok
2 sudu kecil kerisik
1/2 kiub ayam
1 sudu besar Asam jawa adabi + 2 keping asam gelugor@keping
1 sudu kecil Gula Merah
Daun limau purut
Garam secukupnya



CARA MASAK

1.Panaskan minyak ( minyak mesti cukup )

2.Tumis bawang putih + bawang merah + serai + halia + lengkuas 

3.Naik bau terus masuk cili blend + jintan manis + jintan putih, rempah daging + kerisik + kiub ikan bilis dan kacau sampai masak/garing dan terbit minyak.

4.Masukkan daging dan gaul rata.

5.Masukkan 1 sudu asam jawa adabi dan 2 cawan air + 2 keping asam gelugor + gula merah

6.Biar je mendidih sampai kuah pekat dan tambah air 1 atau 2 cawan, biar lagi mendidih sampai pekat yang korang nak dan masukkan daun limau. Garam secukup rasa. Siap!
 

Suka resepi ini? Sharekan. Halal tak perlu kredit. Terima Kasih

8 comments:

  1. Uish.. sedapnya.. sha suka menu nie tapi tak pernah masak sendiri.. sha save resepi ini buat rujukan..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya asam pedas! Tak pernah try sebab rasa macam susah lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try dik, duk jauh mesti rindu masakan asli Malaysia kan?

      Delete
  3. Dari dulu belajar masak asam pedas..x pernah menjadi..x kick langsung..puas ikut macam- macam resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul susah nak buat yang kick.. keep on trying Manda mesti berjaya buat asam pedas yang pekat dan sedap.

      Delete
  4. Salam, kak. Kiub ikan bilis atau kiub ayam ya? Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm . mana2 pun boleh. yang tak guna ajinomoto boleh ganti kiub

      Delete

CARA BUAT BELIAN SENDIRI EMAS DI WEBSITE [ OUTRIGHT PURCHASE @ EPP ]

BAGI YANG BELUM ADA PG KOD TERUS TEKAN SINI BAGI YANG SUDAH ADA PG KOD [ PG00****** ] Ikuti langkah-langkah berikut Login ke website...