Friday, 14 September 2018

LE CREUSET

Suka tak le creuset? Dulu mengidam sangat sebab jatuh minat bila tengok rancangan masak luar negara guna casserole warna warni kemain cantik lagi. Ya Allah masa tu rasa nak beli le creuset tu cepat. Merata cari dalam Melaka sebelum ni. Tak jumpa.

Dulu saya gigih cari le creuset akhirnya jumpa di Parkson Pavilion. Terperanjat tengok harganya waktu itu. Nangis dalam hati. Mahal sangat rasanya untuk sebiji periuk. Sebelum itu memang ada buka web le creuset uk, dah tahu ratenya bila convert duit malaysia, tapi itulah bila sampai malaysia melantun lantun pulak harganya. Alhamdulillah pilihan bijak masa itu, utamakan yang lebih utama, tak beli dan sebenarnya belum rezeki kan. Dan sejak itu, saya lupakan saja keinginan beli casserole le creuset. Tak jadi kudis pun masa itu sebab beli pun untuk kepuasan diri sendiri memasak. Masa itu fikir periuk cantik masak tak sedap pun susah juga. Pujuk diri sendiri. hihi



  
Tapi itulah, rupanya dua tahun berlalu atas beberapa faktor, saya tak ada pun aktiviti masak memasak. Jangan kan masak lauk-lauk nasi pun tak masak! Tiba-tiba kali ini memang rezeki Allah nak bagi. Hari ini saya dapat casserole le creuset dibeli terus dari butik le creuset uk oleh kenalan yang menetap di sana. Alhamdulillah, rezeki Allah tak pernah salah alamat. Sebulan menunggu akhirnya casserole saya sampai. Terharu. Lambat atau cepat tetap ada rezeki rupanya Allah nak  bagi. Saya pilih Le Creuset Signature Cast Iron Round Casserole, size 20cm Marseille Blue. Berharga 175GBP. Masa bayar tu convertkan dalam ringgit malaysia dan tambah sekali kos penghantaran udara dhl 150. Saya siap kirim sekali setem untuk koleksi anak. Saya yakin setiap orang sentiasa ada rezeki masing-masing- Cuma kita tak pernah tahu bila ia akan sampai kepada kita. Bersangka baik sentiasa. 

Ini link yang saya selalu tengok dulu -dulu  LE CREUSET UK





Kadang saya fikir balik, Allah memang rezekikan saya periuk ini pada waktu ini,sebab sekarang saya dah pun memasak macam biasa. Kalau beli dua tiga tahun lepas dan tiba-tiba saya tak memasak begitu lama pun tak ada gunanya. Allah lebih tahu dan rezeki dariNya sentiasa hadir betul dan tepat pada waktunya, kan? Nanti saya masak saya kongsikan kat sini .


1 comment:

CARA BUAT BELIAN SENDIRI EMAS DI WEBSITE [ OUTRIGHT PURCHASE @ EPP ]

BAGI YANG BELUM ADA PG KOD TERUS TEKAN SINI BAGI YANG SUDAH ADA PG KOD [ PG00****** ] Ikuti langkah-langkah berikut Login ke website...