Monday, 3 September 2018

KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

Sebenarnya bagi yang membeli, menyimpan dan menabung emas sebagai aset masa depan jika sampai masa ada kemampuan, lebih elok terus menjadi dealer public gold kerana :


  • Anda dapat rebat ke atas setiap belian emas untuk diri sendiri 
Untuk jadi dealer, anda perlu buat belian minima 200g emas dalam satu resit ( invoice ). Bermula belian kedua dan seterusnya , Public Gold membayar rebat 1% ke atas setiap pembelian emas yang anda buat, sebagai contoh belian seterusnya adalah RM10000.00 maka public gold akan membayar rebat RM100 kepada anda! Dah la emas Public Gold murah dibanding dengan emas di tempat lain dapat pula rebat RM100. Berbaloi!  Rebat ini bergantung kepada tahap dealership masing-masing! Normal Dealer 1%, Priority Dealer 1.5% atau Master Dealer 2.0%.


  • Rebat jual balik emas sendiri
Jual semula emas sendiri kepada Public Gold pun boleh dapat rebat. Walaupun tak banyak dan cuma 0.3% sahaja, siapa nak bagi kan? untung jual emas dapat untung rebat pun dapat! Kalau jual semula emas public gold kepada public gold RM10000.00 dapatlah rebat dalam RM30.00


  • Komisyen introduce pembeli/penyimpan
Menjadi dealer public gold memberi peluang menjana passive income apabila menjadi introducer kepada orang lain. Dealer mengambil tanggungjawab berkongsi ilmu emas dan memperkenalkan public gold ini sebagai platform simpanan emas untuk semua orang terutamanya golongan muda! Mendidik dan mengajak mereka menyimpan emas sebagai salah satu aset pelaburan mampu milik yang besar impaknya untuk masa depan mereka juga. Setiap orang yang membeli/menyimpan atas nama anda sebagai intoducer, anda sebagai dealer akan menerima royalti.

"Dulu saya sebagai pembeli dan penyimpan emas selalu nasihat orang supaya simpan dan beli emas. Lagi-lagi kepada orang muda! Waktu itu tujuan saya untuk sedarkan mereka tentang simpanan emas, kelebihan dan nilainya akan datang, walaupun belum lagi menjadi dealer public gold. Niat untuk didik dan beri kesedaran tentang emas. Siapa pernah dengar saya ceramah dan membebel pasal emas pasti akan ingat balik kan? Tapi dulu air liur percuma. Sekarang air liur boleh dapat royalti sebab dah naik taraf. hehehe"


  • Dealer dapat beli emas pada harga diskaun 
Keadaan ini berlaku bila ada pembeli atau penyimpan emas yang hendak menjual emas, sebagai dealer anda boleh membeli emas mereka mengikut harga belian semasa yang tertera sepeti dalam web public gold . Bahagian PG Buy ya!


“PG Buy” bermakna Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Dealer juga menggunakan paltform sama pada harga PG Buy jika membeli emas pelanggan mereka!

Kadang-kadang akan ada penyimpan yang perlu wang dan ingin menjual semula emas mereka, Mereka boleh jual kepada public gold atau dealer public gold untuk mendapatkan tunai. Harga  mengikut harga pasaran semasa yang telus iaitu  PG Buy yang sudah saya tandakan dalam lingkaran kotak berwarna hitam di atas! Bagi dealer ini salah satu cara menambah gram emas peribadi mereka! Menguntungkan!

Dealer juga boleh menjual emas tersebut kepada pelanggan lain pada harga PG Sell dan mendapat keuntungan lain! Itulah istimewanya menjadi dealer public gold! 

  • Komisyen Overriding Dealer
Jika terdapat mana-mana pembeli atau penyimpan emas yang mahu menjadi dealer dengan membuat belian emas peribadi 200g dalam satu resit (invoice), contohnya dengan harga RM35000.00 dealer yang menjadi intoducer berhak mendapat overriding commission sebanyak Rm350 (1% untuk Normal Dealer), Rm525 (1.5% Priority Dealer) dan Rm700 (2.0% Master Dealer). Komisyen dibayar setiap kali ada urusniaga belian dan simpanan emas walaupun ketika anda sudah tiada. Komisyen akan diwariskan kepada keluarga atau anak! Itu lah kelebihan yang Public Gold sediakan untuk dealer-dealer mereka. Passive income yang dapat diwarisi.


  • Kearah kebebasan kewangan
Bayangkan berapa banyak passive income yang boleh dijana hanya dengan berkongsi ilmu dan kebaikan menyimpan emas? Siapa yang tak suka emas? Yang dah beli emas pun tak akan berhenti beli, mereka akan terus beli dan simpan untuk masa depan kerana emas sememangnya aset yang bernilai malah mudah pula dicairkan bila keperluan. Tak pernah rugi bila simpan emas. Semua orang akhirnya akan simpan emas, lambat atau cepat masa yang menentukan, juga kesedaran dan kemampuan. Perkahwinan menjadi faktor utama orang mula cari, beli dan simpan emas, waktu itu orang muda baru sedar, emas semakin mahal dan semakin bernilai. Melayu, India dan Cina pun beli emas juga untuk perkahwinan. Malah emas menjadi pilihan manusia seluruh dunia. Besar kan potensi emas? Kenapa perlu tunggu? Sebarkan ilmu dan kebaikan emas supaya ramai mula sedar. Ini salah satu usaha juga mendidik masyarakat menyimpan aset kecil-kecilan.


Kesimpulannya, menjadi dealer emas Public Gold, membolehkan kita menjana keuntungan dalam apa juga keadaan dan pergerakan harga emas. Walaupun belian hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, dealer tetap mendapat keuntungan, apatah lagi jika memanfaatkan dealership itu sendiri untuk mendidik dan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Untungnya sambil simpan emas dapat:

  • Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
  • Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
  • Peluang beli emas dengan harga diskaun 6% – 9% (susut nilai).
  • Untung berganda bila bantu orang lain membeli emas (komisyen jualan).
  • Untung simpan emas bila harga emas naik.
  • Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
  • Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
  • Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.




Gambar Hiasan : Buat motivasi simpan emas



Rusmeyati Nordin | PG00179543 | 0123215181
Authorised Dealer Public Gold
Physical Saving & Gold Investor


No comments:

Post a comment

CARA BUAT BELIAN SENDIRI EMAS DI WEBSITE [ OUTRIGHT PURCHASE @ EPP ]

BAGI YANG BELUM ADA PG KOD TERUS TEKAN SINI BAGI YANG SUDAH ADA PG KOD [ PG00****** ] Ikuti langkah-langkah berikut Login ke website...