Sunday, 16 September 2018

EMAS, KAYA DAN KECUKUPAN

Entry kali ini saya hanya mahu sentuh isu emas,kaya dan kecukupan.Ternyata dalam AlQuran Allah tidak menyebut kaya dan miskin. Allah hanya menyebut Kaya dan Cukup!
"dan sesungguhnya Dialah yang memberikan kekayaan dan kecukupan" An-Najm 48

Ketika Allah menciptakan sebuah kekayaan, Allah sebenarnya memasangkannya dengan kecukupan. Allah tidak menciptakan kekayaan dan memasangkannya dengan kemiskinan sama sekali. Manusialah yang menciptakan kemiskinan, bukan Allah S.W.T.Sebab itu kita selalu perlu ingat yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk dari kita manusia. Kan?

Mendidik dan memberi kefahaman tentang emas kepada orang ramai bukan lah perkara yang mudah. Kebanyakkan mereka tidak tahu, tidak ambil peduli dan ada yang lansung menolak kerana dalam fikiran wang lah segalanya malah ada juga yang takut menabung emas! Kita lupa yang EMAS adalah WANG SEBENAR! 

"Korang bolehlah ada duit, boleh la beli dan simpan emas"
"Tak boleh beli emas nanti nak belanja duit tak ada, susah" 
"Nanti kene bayar zakatlah kalau kumpul banyak-banyak"


Sentuh isu emas, masyarakat kita agak skeptikal. Menganggap emas jongkong atau dinar hanya disimpan oleh orang berduit dan berharta! Sebenarnya TIDAK sama sekali. Emas adalah logam yang dicipta Allah untuk seluruh umat manusia supaya dapat mereka manfaatkan di dunia. Semua orang perlu sedar tentang ini. Sesiapa sahaja mampu memiliki emas dan perak. Aset ini paling murah berbanding rumah dan hartanah! Anda boleh memiliki emas serendah 0.5g dengan nilai 100 ringgit atau 1g sahaja tanpa perlu berhutang. Ikut kemampuan! Apa salahnya bermula secara kecil-kecilan? Banding dengan rumah dan tanah jika anda tak mampu beli rumah pada harga yang ditawarkan anda TIADA pilihan Beli ( cara hutang) atau lupakan sahaja.Betul?? Emas bukan harta kumpulan tertentu. Semua orang dalam dunia mampu simpan emas.Percayalah. Malah dengan emas InsyaAllah, memiliki rumah dan tanah pada masa akan datang menjadi lebih mudah!

Semua orang ada rezeki masing-masing dan cukup! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Allah memberi rezeki yang cukup kepada setiap makhluknya. Ulat dalam batu pun Allah berikan rezeki! Menyimpan 100 bersamaan 0.5 gram emas atau 1g misalnya tidak akan menjejaskan perbelanjaan anda.Percayalah. Situasi ini lebih kepada mendidik anda supaya berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kehendak. Jika anda berbelanja mengikut kehendak dan gaya hidup gaji anda 10k sebulan pun takkan cukup. Ingat jika Allah tidak beri kekayaan Allah memberikan kecukupan. Jika kita tidak merasa cukup maka muhasabah diri kerana mungkin diri sendiri yang salah mengurus!

Zakat! Berbahagialah jika akhirnya anda menjadi pembayar zakat. Berusahalah untuk menjadi kaya supaya boleh membayar zakat! Kerana zakat emas hanya dikenakan kepada mereka yang mempunyai lebihan simpanan emas. Secara fitrahnya dalam hati manusia memang ada sifat besar diri tamak dan haloba, jadi zakat ini menjadi satu kewajipan bagi orang kaya untuk membersihkan jiwa dan menyucika harta. Ingat setiap harta yang kita miliki juga akan dihisab. Allah memberi rezeki yang cukup kepada hambanya dan tidak wajib kepada mereka atas zakat emas, jika Allah berikan kamu kaya bermakna lebih dari cukup buat kamu, maka jatuhlah hukum WAJIB membantu yang lain dengan cara mengeluarkan zakat.
 
Kita jangan memandang rendah kepada keupayaan diri sendiri, jangan beranggapan tiada kemampuan menyimpan emas. Kita semua boleh. Allah beri kepada semua orang untuk manfaatkan , terpulang kepada kita berapa lama mahu membuat keputusan , mahu mengambil masa atau mahu berfikir tentangnya.

Anda perlu bantuan?

Rusmeyati Nordin | PG00179543 | 0123215181
Authorized Dealer Public Gold
Physical Saving & Gold Investor

No comments:

Post a Comment

EMAS, KAYA DAN KECUKUPAN

Entry kali ini saya hanya mahu sentuh isu emas,kaya dan kecukupan.Ternyata dalam AlQuran Allah tidak menyebut kaya dan miskin. Allah hanya ...