Saturday, 25 August 2018

MENGAPA BAGUSNYA BELI / SIMPAN / MENABUNG EMAS?

Sebenarnya ia terpulang kepada tujuan dan matlamat seseorang itu menyimpan emas! dan apa yang anda tahu dan faham tentang ilmu emas itu sendiri. 

Ada banyak sebab mengapa anda perlu simpan atau menabung emas yang ramai tidak tahu! Bagi saya yang tegar beli simpan dan tabung emas melihat emas sebagai logam yang

  • Mendidik anda menjadi orang yang bijak berbelanja Ia mampu mengelak berlakunya kebocoran wang disebabkan sikap yang boros . Dengan menukar sebahagian tunai kepada emas ia mampu mengelak anda berbelanja melebihi keperluan. Realitinya emas memang untuk disimpan dan duit memang untuk dibelanjakan.
  • Emas tiada susut nilai. Ia logam ciptaan Tuhan untuk manusia manfaatkan. Ia bernilai sepanjang zaman dan nilainya berdiri sendiri tanpa perlu diperakui atau disahlakukan untuk transaksi.
  • Emas kalis inflasi. nilainya tidak pernah kosong. Ia tidak boleh dimanipulasi atau susut nilai oleh persepsi khabar angin politik dan sebagainya.
  • Emas menyimpan/memelihara kekayaan. Faktor yang menjadi sebab utama ramai penyimpan emas baru mula menjadi penyimpan tegar kerana logam ini dalam jangka masa sederhana dan panjang lebih bersifat penyelamat atau memelihara. Menguntungkan penyimpannya! Kita tidak tahu apa yang berlaku kepada kehidupan kita terutamanya ekonomi kita pada masa depan.
  • Emas laku dan diterima seluruh dunia - Semua negara di dunia menyimpan emas bertujuan sebagai penyimpan nilai dan jaminan  kelansungan ekonomi dan masa depan negara mereka malah hingga kini pergi luar negara bawa emas pun emas anda diterima!
  • Emas boleh guna untuk umrah/haji . Boleh mula mengumpul gram emas sekarang, cukup gram boleh pergi umrah dan haji. InsyaAllah sentiasa ada rezeki dijemput Tuhan.
  • Emas tidak boleh dihapuskan.Tuhan menjadikan emas untuk manfaat manusia, jumlahnya tidak pernah berkurang dan bertambah dipermukaan atau di dalam bumi. Zaman bertukar ganti, emas yang sama silih berganti berputar dalam alam ini. Tidak boleh dimusnah, dicipta atau dicetak sekalipun! dan ia kekal bernilai sepanjang zaman.
  • Emas ialah wang sebenar. Mempunyai ciri-ciri istimewa yang tidak ada pada logam lain. Logam ini memenuhi piawaian kepada dasar kewangan dalam sejarah manusia. BACA CIRI-CIRI ISTIMEWA EMAS DI SINI.
  • Emas jika sebagai aset pula merupakan aset yang paling mudah dimiliki oleh semua orang tanpa perlu berhutang atau loan seperti rumah atau tanah. Emas boleh disimpan secara berdikit-dikit . Mudah faham. sikit-sikit lama-lama menjadi bukit! 

Jujurnya saya sebagai penyimpan dan pelabur emas tegar akui, Ya emas tidak menjadikan anda bertambah kaya raya. Simpan emas bukan macam main saham dapat dividen atau bunga setiap bulan. Simpan emas juga bukan bermakna dari 1 ekor kambing boleh beli 3 ekor kambing, atau dari ada sebiji rumah, boleh dapat lagi 3 atau 4 biji rumah!

Emas tidak mengembangkan kekayaan. Emas sifatnya memelihara, melindungi dan mengekalkan nilai kekayaan yang anda miliki sekarang dan akan datang. Sifat emas ini yang menguntungkan penyimpannya dalam jangka masa sederhana dan panjang! Macam insurans pun ya juga! Zaman berubah tapi emas mengekalkan nilai sendiri tidak bertambah dan tidak pula berkurang! Emas ini sebenarnya lebih banyak gram anda simpan lebih bernilai. Bukan seperti wang fiat, yang banyaknya pun belum tentu bernilai! Kalau dulu 100 penuh troli sekarang 100 suku troli, akan datang? Boleh jadi dengan 100 anda tak dapat membeli satu apa pun! Nampak tak duit yang makin tiada nilai dimakan inflasi!

Untungnya emas ini ciri-ciri yang ada padanya melangkaui zaman. Maksudnya di zaman mana pun anda, emas tetap paling berharga tetap berguna tetap bernilai. Ia memang logam penuh aura yang diperakui sifat dan kredibilitinya seluruh dunia. Logam ini tidak menjadikan anda lebih kaya tapi boleh memelihara dan mengekalkan kekayaan yang anda ada dengan cara paling berkesan dan selamat! Kerajaan bertukar, matawang juga boleh bertukar, boleh jadi matawang lama tidak lagi diperakui sahlaku. Tapi ini tidak akan berlaku pada emas!

Ini pasal emas je. Nanti saya kupas pula kenapa emas Public Gold juga yang menjadi pilihan! Sebelum tu boleh jenguk entry bawah ni.

GAP PUBLIC GOLD PILIHAN HATI 

Rusmeyati Nordin | PG00179543 | 0123215181
Authorised Dealer Public Gold
Physical Saving & Gold Investor


 

No comments:

Post a comment

CARA BUAT BELIAN SENDIRI EMAS DI WEBSITE [ OUTRIGHT PURCHASE @ EPP ]

BAGI YANG BELUM ADA PG KOD TERUS TEKAN SINI BAGI YANG SUDAH ADA PG KOD [ PG00****** ] Ikuti langkah-langkah berikut Login ke website...