Tuesday, 28 August 2018

CIRI-CIRI ISTIMEWA EMAS SEBAGAI SIMPANAN

CIRI FIZIKAL EMAS

Sejenis logam yang sangat padat, lembut , berkilat , mudah ditempa dan mulur. Mulur itu maksudnya elastik. Emas tulen berwarna kuning terang dan warna ini kekal tidak mengalami pengoksidaan oleh udara atau air.Piawaian ini telah menyediakan asas untuk dasar kewangan!


NILAI KEKAL DAN TERJAMIN | KALIS INFLASI

Sesuai sifat emas itu sendiri yang memelihara dan mengekalkan nilai, jadi ia memang sesuai sebagai matawang! Nilainya kekal dan terjamin. Seperti sebelum ini sudah pun saya jelaskan tentang 1 Dinar dan seekor kambing! Nilai yang tidak berubah! Kekal zaman berzaman.


MUDAH DICAIRKAN

Dalam apa jua bentuk dan keadaan emas tetap bernilai. Simpanan jenis ini paling mudah dicairkan. Jika anda ada simpanan emas anda tidak perlu lagi risau tentang duit kerana dengan emas anda boleh mendapatkan tunai pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

MENGEKAL DAN MEMELIHARA KEKAYAAN
Lebih gram lebih nilai. Nilai emas terletak pada logam itu sendiri! Berat dan ketulenannya tetapi nilai duit kertas terletak pada jaminan kerajaan dan kestabilan ekonomi/politik sesebuah negara. Contoh: Pernah lihat syiling RM1 yang dikeluarkan kerajaan Malaysia dulu? Syiling itu sudah tiada nilainya lagi. Tidak laku untuk sebarang tranksaksi pun dan sudah digazet sebagai tidak sah untuk digunakan.







SEBAGAI MODAL PUSINGAN


Emas yang disimpan boleh dipajak di Ar Rahnu untuk mendapatkan modal perniagaan atau modal pusingan. Tidak perlu pinjaman bank dengan bunga yang tinggi dan membebankan. Kebanyakkan muda mudi suka membuat pinjaman dan loan bank tanpa menyedari kesannya di kemudian hari. Simpan emas memberi cara dan kelebihan kepada semua orang mengurus tadbir sendiri ekonomi dengan cara paling mudah selamat dan berkesan



ASET MUDAH ALIH

Logam emas berunsur padat lembut dan mudah tempa. Saiznya yang kecil membolehkan ia dibawa kemana-mana. Sekeping 100g pun masih kecil dan boleh disimpan dalam dompet .Tidak seperti wang tunai. Jika 100g dalam bentuk tunai ialah 18k, anda memerlukan ruang lebih besar untuk menyimpan tunai!


MENDIDIK NAFSU BERBELANJA

Realitinya penyimpan dan peminat emas mempunyai kecenderungan kepada pengurusan ekonomi yang baik kerana mereka secara automatiknya menjadi seorang yang pandai berjimat untuk menyimpan dan biasanya mereka yang boros menjadikan tabiat menyimpan emas sebagai terapi mendidik diri tidak boros belanja atau mengelak berbelanja bukan-bukan yang tidak diperlukan.




Rusmeyati Nordin | PG00179543 | 0123215181

Authorised Dealer Public Gold
Physical Saving & Gold Investor



No comments:

Post a comment

CARA BUAT BELIAN SENDIRI EMAS DI WEBSITE [ OUTRIGHT PURCHASE @ EPP ]

BAGI YANG BELUM ADA PG KOD TERUS TEKAN SINI BAGI YANG SUDAH ADA PG KOD [ PG00****** ] Ikuti langkah-langkah berikut Login ke website...