Monday, 23 November 2015

EMAS DAN KELEBIHANNYA

MENGAPA MEMILIH EMAS 

Semua orang tahu dan kenal emas, sejenis logam berharga lagi bernilai yang dijadikan Tuhan untuk dimanfaatkan. Emas merupakan salah satu aset yang mudah dimiliki oleh semua orang termasuk kanak-kanak, kerana kos memilikinya masih rendah dan satu-satunya aset yang boleh dibeli dengan tunai tanpa perlu berhutang atau loan dengan mana-mana bank seperti membeli tanah atau rumah! Dapat sesuatu di sini?

Disini saya senaraikan mengapa perlu anda semua memiliki, membeli atau menyimpan aset yang kecil ini :

1. Emas merupakan aset dan pelaburan jangka masa sederhana dan panjang yang sangat berguna kepada penyimpan/pelaburnya. Prinsip emas harganya terus meningkat. Setiap kali harga emas cecah ke puncak tertinggi ia akan turun sekejap sebelum mendaki balik ke puncak tertinggi yg baru. Proses ini berulang- ulang. Hakikat emas terus naik dan tak akan pernah murah lagi.

2. Emas aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Boleh dipajak juga.

3. Emas ialah MATAWANG SUNNAH! Emas ialah DUIT SEBENAR! logam yang menyimpan nilai. Contoh 1 dinar berharga RM800 iaitu harga seekor kambing. Jika anda simpan 1 dinar hari ini (4.25g 999.9), 10 tahun lagi 1 dinar masih dapat membeli seekor kambing walaupun harga kambing ketika itu RM2000. Nampak tak 1 dinar beratnya sama sejak dulu tp nilainya yang kita mahu! EMAS PENYIMPAN NILAI. 

4. Emas mengelak kebocoran wang! Menukar sebahagian wang simpanan atau pendapatan kepada emas mengelak boros belanja.Realitinya duit memang untuk dibelanjakan dan emas untuk simpanan! Siapa yg boros belanja kawal dengan tukar kepada emas!

5. Jual beli emas tidak memerlukan pihak ketiga! Anda pemilik emas boleh terus menjual emas kepada pembeli mengikut harga pasaran yang telus.

6. Emas tidak boleh dimusnahkan atau dicipta oleh manusia.

7. Emas aset yang boleh dan mudah diwarisi kepada keluarga dan anak-anak tanpa perlu dokumen, pengesahan atau campur tangan pihak ketiga.

8. Emas kalis inflasi, bernilai dan berguna ketika kegawatan ekonomi dan politik yang tak menentu.

9. Boleh digunakan sebagai modal permulaan perniagaan sendiri tanpa perlu pinjaman dengan interest yang membebankan. 

10. Emas tidak dikenakan cukai. Namun sebagai orang Islam kita diwajibkan mengeluarkan zakat emas apabila cukup nisab dan haul. NISAB dan HAUL ini akan saya kupas pada entry berikutnya. 

11. Emas fizikal yang anda simpan tidak boleh dibekukan jika anda diisytihar bankrup sekalipun. 

12. Emas tidak boleh dimanipulasi! Emas tidak terjejas oleh faktor ekonomi dan politik.

13. Emas sebagai hadiah yg bernilai. Buktinya EMAS dan DIRHAM sudah digunakan sebagai mahar/maskahwin  kepada bakal isteri sejak zaman Rasullullah saw lagi. Siapa kahwin tak beli emas? Bakal bakal pengantin nak kawin pun beli emas kan? Emas makin mahal dan akan terus mahal. Mulalah menabung dan simpan emas hari ini. HANTARAN EMAS SIAPA YANG TAK NAK??

14. Emas aset kecil yang besar impaknya. Boleh digunakan untuk membeli hartanah atau rumah.  Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

15. Emas terdapat dalam pelbagai saiz dan variasi, lebih kecil dan senang dibawa kemana-mana berbanding wang kertas.

Di sini saya sertakan sekali gambar 1 dinar emas sebagai inspirasi kepada semua orang untuk mula menyimpan emas samada dalam bentuk dinar atau jongkong. Untuk semakan harga terkini dinar dan jongkong emas boleh terus ke link sebelah atas kanan blog di bawah tajuk PORTAL BELI BELAH ONLINE


PANDANGAN DEPAN 1 DINAR PUBLIC GOLD

PANDANGAN BELAKANG 1 DINAR PUBLIC GOLD



Rusmeyati Nordin | PG00179543 | 0123215181
Authorised Dealer Public Gold
Physical Saving & Gold Investor

18 comments:

  1. 1st time tengok dinar emas ni. cantik! tahniah ya kak! :)

    ReplyDelete
  2. okay eiqa pun first time tengok mas dinar ni. Tak terfikir pulak nak google. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak da eiqa ..mcm2 pengeluar ada :)

      Delete
  3. mungkin kita dah kena berbalik pada emas dinar ni kan sis..suka bila dinar dibuat sbg mas khawin/mahar... boleh simpan..klu ikut sllu nya habis mcm tu ja...

    ReplyDelete
  4. wah emas dinar, ni pon festime tengok ni huhuh. nanti kawin nak mas kawen dinar jugak boleh ke idok agak agak eh.

    ReplyDelete
  5. Cantik design emas dinar ni. Lebih baik bg ni sbg hantaran drpd bg gadget.

    ReplyDelete
  6. aida lom ada koleksi.
    in shaa Allah... moga dimurahkan rezeki nak memiliki sekeping :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah murah rezeki aida..amin :)

      Delete
  7. Cik akak tak ada dinar lagi nie..hihi..
    Sekeping tu dah berapa ratus..

    ReplyDelete

EMAS, KAYA DAN KECUKUPAN

Entry kali ini saya hanya mahu sentuh isu emas,kaya dan kecukupan.Ternyata dalam AlQuran Allah tidak menyebut kaya dan miskin. Allah hanya ...