Monday, 8 February 2016

Tentang Rezeki

Dalam entry yang lepas-lepas saya ada tulis tentang rezeki. Entry DISINI, dan hari ni nak kongsikan satu cerita berkaitan rezeki. Cerita saya copy paste dari group wassup dan kongsikan di sini. Sama-sama kita hayati dan fahami cerita " REZEKI DARI ALLAH " ini.

REZEKI dari ALLAH
Pagi itu aku melihat penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.

A:"Assalamu 'alaikum" ...
B:“Waalaikum salam"
A:“Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
B:“Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
A:“Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
B:“Insya Allah adalah rezekinya.”
A:“Terus,kalau hujannya sampai lewat petang?”
B:“Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
A:“Kenapa?”
B:“Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
A:“Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
B:"Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
A:"Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
B:“Bererti rezeki saya berpuasa"
A:“Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
B:“Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan"-katanya dengan ikhlas menutup pembicaraan

Sahabat ...
Aku termenung,Aku tersedar ..Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah...Risau tidak mendapat wang?Risau rumah akan tenggelam banjir?Bimbang tidak dapat hadir jemputan kenduri?Berkeluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? Kini baru aku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.
Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Malah dari apapun juga ...







19 comments:

  1. SINGGAH PAGI ~ http://jmbelog.blogspot.my/2013/12/radio-online-era-fm.html

    ReplyDelete
  2. Cerita yg menyentuh hati,betapa yakinnya dia dengan rezeki dr Allah

    ReplyDelete
  3. betul tu kak ros...kadang rezeki yg kita selalu nmpak je dipanggil rezeki..sedangkan rezeki itu banyak sumbernya...thanks for the tazkirah...
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya yang tak nampak tu yang besar hikmahnya..muhasabah juga.. sebab diri pun selalu lepas pandang!

      Delete
  4. tazkirah yang sangat baik untuk pagi ni =) terima kasih update entry =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Munirah.untuk ingatkan diri ini yang selalu lupa. Semoga bermanfaat untuk yang lain juga! Dapat tumpang pahala penulis asal.(Tak tahu siapa penulis asalnya,semoga dia sentiasa dalam rahmatNya)

      Delete
  5. rezeki ada dalam macam macam bentuk, bergantung pada kita nak zahirkan dalam bentuk apa :) nice sharing sis

    ReplyDelete
  6. syukur selalu, hai3, singgah sini, suka entri nii~

    reminder to us

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Nona Qiyah.. saya tumpang share je ^^

      Delete
  7. Ingin berfikir macam penjual suratkhabar tu. Percaya pada rezeki Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. fikiran dia jernih.. tak dapat nak cari riak2 keluhan. cara dia fikir tu dapat rasa dia sangat bahagia.

      Delete
  8. salam kak , nice netry , dan insyaAllah sdang berusaha nak didik fikirn macam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama Yana. sedang berusaha dan berusaha juga..

      Delete
  9. sangat setuju dnegn entri ni..allah beri rezeki dalam pelbagai cara ..tapi biasa org akan ingat..rezeki itu DUIT..no..sihat, anak2 yg baik, dapat kenalan yg baik itu semua REZEKI..REZEKI itu sgt luas skop nya..nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul rezeki tu luas tapi itulah kadang terlepas pandang juga.TQ JM.

      Delete