Saturday, 6 February 2016

Surah Al-Syarh | Jadikan Amalan Harian

Surah Al-Syarh surah ke-94 dalam Al Quran ( disebut juga Al-Insyirah/Al-Insyaraah ) untuk melapangkan hati ini elok dijadikan amalan harian lebih-lebih lagi dalam menghadapi segala bentuk kesulitan, kesedihan dan sebagainya, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. Dibaca setiap kali selepas solat. Letak tangan ke dada dan baca surah ini sambil menghayati maknanya.


Maksudnya...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu: dadamu (wahai Muhammad)[1] Dan Kami telah meringankan daripadamu : bebanmu (dalam menyampaikan risalah)[2] Yang memberatkan tanggunganmu (dengan memberi berbagai kemudahan dalam melaksanaknanya)[3] Dan Kami meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)[4] Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan[5] (Sekali lagi ditegaskan) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan[6] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amalan soleh yang lain)[7] Dan kepada Tuhanmu sahajalah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)[8]. 
Did We not expand for you, your breast (O Muhammad)[1] And We removed  from you, your burden[2] Which had weighed upon your back[3] And raised high for you, your repute[4] So, verily with every difficulty, there is relief[5] Verily with every difficulty there is relief[6] So, when you have finished (your duties) then stand up (for worship)[7] And to your Lord direct your longing/turn your attention[8].
 

Semoga Bermanfaat


8 comments:

  1. saya selalu amalkan bacaan surah ni kak.
    alhamdulillah. memang mujarab sungguh surah ni ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya selalu amal.. akak amal juga tapi ada masa2 tuang gak

      Delete
  2. salam , akak ,surah penerang kan . yana suka sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yana..untuk penerang/kelapangan.

      Delete
  3. Ini memang antara surah yang baik untuk diamalkan. Utk anak2 belajar pun, selain baca Al-Fatihah dan doa belajar, elok baca surah ni :)

    ReplyDelete
  4. aha..leh amalkan bacaan surah ni dalam solat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..yang tiapkali lepas solat ni ros pun baru amalkan, sebelum ni baca bila stress/masalah je.:(

      Delete