Friday, 19 February 2016

Freeport A'Famosa Outlet | Melaka

Beberapa hari lepas saya ke Freeport A'Famosa Outlet di Alor Gajah Melaka. Tempat sendiri nak juga ambil peduli, senang nak jawab kalau ada orang yang bertanya. Lokasi betul-betul terletak sebelah A'Famosa Resort. Konsep A'Famosa Outlet ni lebih kurang macam Johor Premium Outlet (JPO) dan kalau di Melaka dikenali juga dengan nama Melaka Premium Outlet (MPO). Dibuka bulan Dec 2015 (Fasa 1 sahaja dari 3 Fasa), kiranya port baru  kalau korang nak datang shopping.Banyak juga outlet yang dah beroperasi tapi masih ada yang sedang renovation. Maklumat menyatakan MPO ni bakal menyediakan 220 retail lots. Banyak juga tu.


 Pintu 2. Masuk 6.10pm


Lalu depan Pintu 1. Pukul 6.40pm

Kali pertama ke sini saya hanya spend 30 minit untuk jalan. Maknanya tak habis tawaf MPO pun.Saya masuk di Pintu 2. Pintu 1 dan pintu 2 tu agak jauh jaraknya. Saya hanya sempat jenguk outlet yang berdekatan Pintu 2 sahaja. Tak kesempatan jalan sampai ke Pintu 1. Sebab kejar masa. On the way balik lalu Pintu 1 saya snap sekeping gambar pintu masuknya sambil bercadang nak datang tawaf keesokkan hari pula.

Hari berikutnya saya tawaf MPO sampai habis. Banyak juga outlet yang ada di sini antaranya Crocs, Clarks, Camel Active, Nike, Levis, Samsonite, Sembonia, Cotton On, Melinda Looi, G2000, Versace, Moschino, Roberto Cavalli, Follie-Follie, Esprit,  Poney, Kickers, Armani, Carlo Rino, Polo Ralph Lauren dan macam-macam lagi.Tak ingat so tulis mana yang ingat sahaja. Sebenarnya saya lebih tertarik dengan view dan senibina bangunan di sini yang menggunakan tema Dutch Colonial  yang sangat cantik!  Buat cuci mata..

 Kincir Angin 

Kalau nak makan-makan pula..ada foodcourt tapi belum buka ( sedih ). Buat masa ini hanya ada PapaRich Cafe dan West 57th St.Cafe Zang Toi. Saya singgah di Zang Toi Cafe minum kopi ( Expresso Coffee Single Shot Cold Rm9.00,Expresso Coffee Double Shot Cold Rm9.00 juga ) buat basah tekak yang sangat haus. Saya tapau 2 slice kek coklat pisang.


Rm10/Slice - Ikhlas sangat sedap
 
MPO ni belum siap sepenuhnya jadi saya kongsi yang mana ada sahaja. Bagi kaki shopping  kalau berminat mencari europe mid-range brands with affordable price boleh datang sini sementara sale. Soon.. dengarnya ada lebih banyak jenama pilihan. :)

25 comments:

  1. cantiklah yg ada kincir angin tu. tak perasan pun masa pegi a famosa dulu ada benda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik Mazni..dan sejuk sikit sini sebab ada air

      Delete
  2. Replies
    1. tu yang jalan2 cuci mata tengok bangunan ..

      Delete
  3. Memang cantik design dan seni binanya, Ros.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa macam jalan kat europe sikit2..haha

      Delete
    2. Best feeling2 europe,..padahal di Melaka je :)

      Delete
  4. Saya ni nama je kampung kat Alor Gajah,..A Famosa Resort pun tak pergi lagi,..apa lagi MPO :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sirih pulang ke gagang tu Farah..hehe...

      Delete
    2. Hehehe itulah, Ros. Macam2 dah ada kat Melaka ni :)

      Delete
  5. wow byk pitih boleh habis gini >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kaki shopping ni Scya.

      Delete
    2. Haii ! Selamat pagi .
      Jom join segment pertama pencarian bloglist March by theathra.blogspot.my :) .http://theathra.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-theathra.html

      Delete
  6. belum pernah sampai premium outlet mana2 lagi. :D hehe

    sy wonder, harga brg2 dia murah sikit sebab kurang tax ke cene ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang terus dari kilang ni Hanis..

      Delete
  7. Perghhh! Dah macam pi Belanda... He He He...

    ReplyDelete
  8. cantiknya tempat tu....teringinnya nak pergi kalau sampai melaka nanti....insyaAllah...

    ReplyDelete
  9. ritu pergi jalan2 melaka duduk tidur afamosa resort tp tak sempat masuk sini... hehe

    ReplyDelete
  10. Nanti kalau balik Melaka, nak pergi sini!

    ReplyDelete
  11. cantik tempat ni. saya N9 pun lama dah x turun melaka.. hihihi.. nanti nak turunlah melaka...

    ReplyDelete
  12. "Tempat sendiri nak juga ambil peduli, senang nak jawab kalau ada orang yang bertanya." memang betul sangat. Selalunya tempat sendiri even menarik pon malas nak pergi lepastu bila org tanya, taktau nak jawab.

    Cantik betul MPO nii, kena pergi nanti !

    ReplyDelete
  13. tempat dia cantek! belum sempat pergi lagi..teringin jgk nak pergi..jalan jalan la sambil window shopping..haha

    ReplyDelete
  14. Lawanya lawanya lawanya!! Tunggu dah lengkap nanti baru pi lah ehehe :p

    ReplyDelete
  15. bila la nak sampai sini even dah dok melaka? hahaha sadis nau ayat.. :D kak ros, bwkkan kite..

    ReplyDelete
  16. aida jengah kejap aje MPO ni ari tu, ros.
    lom abis tawaf.
    memang hajat nak gi lagi, beli handbag :) hi hi hi...

    ReplyDelete