Wednesday, 10 February 2016

British Short Hair | Wishlist 2016?

Beberapa minggu yang lepas saya survey pet shop sebab nak cari kucing. Untung-untung dapat bakakan dengan kucing domestik ( boleh ke tak eh? ) kan..hehehe..Kalau di Melaka, banyak juga pet shop tapi tak banyak yang ada jual kucing. Ada satu kedai yang ada baka yang saya nak, terletak sebelah Fella Design di Bukit Baru. Tapi tak boleh nak tangkap gambar, kalau tak boleh tempek sini. Tapi kucingnya dah besar dan gemok..actually I'm looking for kitten.Ada beberapa jenis baka kucing di sini like Persian, MaineCoon, Siamese, Anggora,Norwegian Forest and Scotish Fold.Domestik pun ada! Apa-apa pun nah cuci mata dulu tengok kitten BSH yang saya ambil dari google.





Agak sukar cari di kedai, saya cari online pula. Akhirnya jumpa dua penjual kucing BSH..satu dari Kedah dan satu dari Shah Alam,Selangor, boleh tengok SINI dan SINI. Harga ? Terus perit tekak telan liur.Ingatkan bawah Rm2000 boleh dapat rupanya kitten (4 months) pun harga bermula dari Rm2500 dan boleh cecah Rm10000! Mahal sebab purebreed (baka tulen),naik flight (import) dan ada born certificate from pedigree! Ada suara cakap kalau betul-betul nak boleh beli tapi..ada ayat last dia yang buat saya fikir (buat pertimbangan dulu). Saya sebenarnya biasa dengan kucing, membesar dengan kucing. Family termasuk (abang dan abah) selalu kutip kucing  yang jumpa tepi jalan tu bawak balik, rawat dan jaga . sihat dan gemok ok je. Ela,Tomi,Niki,Jery,Kecik,Mery,Depa dan banyak lagi nama kucing yang menemani saya waktu kecik sampai lah besar. Sejak berumah dan tangga ni yang tak ada kucing sebab dia lagi suka bela arnab dari kucing. hmmm. Takpe kita cuci mata dulu. Ada rezeki InsyaAllah.




Semua gambar kucing dari baka yang sama BSH. Sebab saya minat colour bluegrey so tempek warna ini sahaja kat sini.Hey cuba tengok pic last sekali yang belah kanan tu..geram tengok muka kucing tu rasa nak lempang je sebab comel sangat buat muka serious!haha


17 comments:

  1. Saya pula dibesarkan tanpa kucing di rumah. Tapi bila tengok BSH ni rasa macam nak ada walau seekor =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab comel sangat kan.. Ada alahan kucing ke tu?

      Delete
  2. Wah..comel lah..gembus lagi tu...cik akak yang takutkan kucing...teringin ada kucing macam nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut kucing ye cik akak..hihihi..

      Delete
  3. oh oh o h.. so cute semua kucing2 tu

    ReplyDelete
  4. ha;ahla..apasal kucing ni comel sgt ha? rasa nak cubit2 ja....

    mahal tu kak ros...2k and boleh cecah 10 k?? memang kena fikir masak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..nak tampor semua ada..
      Haah mahal..ni tengah pikir masak2 ni..

      Delete
  5. oh cutenya... nak picit bleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geramkan.. kalau boleh picit mesti akak dah picitkan dulu..hihi

      Delete
  6. Saya pun dah lama tak bela kucing. Ingat bila balik nanti nak belilah anak kucing yang baka lawa-lawa ni tapi tengok dululah macam mana. Takut tak dapat jaga je nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel sangat kan. Ada rezeki, InsyaAllah dan akan ada yang jaga tu nanti.

      Delete
  7. wow. mahal ekk?
    ada member aida sorang di sarawak.
    bela byk kucing gini.
    sekali beranak byk, cute cute. jual beratus aje kitten tu.
    tapi aida tak tau la baka / jenis apa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia ada jual2 mesti baka juga tu...cadang memang untuk jangka panjang la ni.. nak cari kitten nak bela sampai besar untuk baka..hihihi..tapi tu lah yang BSH mahal nau rasa..

      Delete
  8. comelnyaaaaa, kak ! Lissa ada kucing baka siam celup dengan singapura cat jaa.. hehe kucing Lissa sekarang ada 14 ekor. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siamese mix kat sini dah Rm800 juga Lissa. 14 ekor banyak ni..murah rezeki bela kucing banyak...hihihi..

      Delete
  9. Saya pun berkenan dengan BSH ni. Tapi keadaan kocek tak mengizinkan. Dah la maintainance nya pun agak tinggi :)

    ReplyDelete