Friday, 12 February 2016

Berita Jumaat 1

Berita hangat untuk rosnordin dan kawan-kawannya:

1.Adakalanya...untuk bersedih dengan kesusahan seseorang lebih mudah berbanding untuk bergembira dengan kesenangannya.

2.Allah Maha Mengetahui tetapi tidak mengaibkan. Allah Maha Berkuasa tetapi tidak zalim. Allah Maha Kaya tetapi tidak bakhil. Allah Maha suci tetapi tidak menghina.Malulah kepada Allah ketika kita yang penuh dengan sifat kehambaan tetapi sering bertindak seolah-olah memiliki sifat ketuhanan.

3.Orang yang bersalah harus diapakan? Harus dihukum!? TIDAK, harus DIADILI....

4.Orang beriman tidak selamat daripada ujian tetapi akan diselamatkan dalam menghadapi ujian!

5.Yang dapat, tidak dapat semua. Yang hilang, tidak hilang semua. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersabarlah dengan apa yang kita tiada.Setiap kesenangan ada mudarat. Setiap kesusahan ada manfaat.Justeru...usah terlalu suka dalam kesenangan. Usah terlalu duka dalam kesusahan.Untuk tenang dan bahagia, bersederhanalah dalam menghadapi apa jua karenah dunia dan manusia.

6.Ada ketikanya dosa menjadi sebab Allah menyayangi kita...yakni bila kita bertaubat atas dosa-dosa itu.Apabila dilanda musibah, selain pesan sabar, pesan taubat juga perlu dibisikkan kepada hati kita.

7.Adakalanya semangat beragama menimbulkan rasa ego pada diri dan kumpulan. Mungkin itu akibat selalu bercakap tentang Allah tetapi kurang 'bercakap' kepada Allah.Satu muhasabah buat diri untuk dikongsi.
 Google


8.Jika tidak mampu berpuasa, cubalah berlapar. Jika tidak mampu berlapar cukuplah jangan makan terlalu kenyang. Perut yang kosong melembutkan hati

9.Kita mampu mengingati Allah kerana Allah mengingatkan kita. Ingat itu!


Mentari menempelak bulan.
Usah bangga ketika mengambang
Kerna cahaya itu...
asalnya adalah sinar ku
Bulan senyum sinis dan berkata
Silap mu kerana tak pandai bergaya
Lalu dari sinar mu itu...
Aku yang jadi pujaan manusia
Mentari dan bulan sama-sama terlupa
Sinar dan cahaya bukan milik mereka
Bahkan diri mereka jua...
Allah yang menciptanya
Cerita bulan dan mentari
Sekadar lukisan imiginasi
Buat peringatan kita yang alpa
Mana milik kita?

Semua sumber kopi dari : SINI


14 comments:

  1. nice sharing adik..akak suka..menyedarkan betapa kerdilnya diri ini..Allahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka juga ..tu yang kopi masuk blog untuk diri dan kawan2 :)

      Delete
  2. tazkirah jumaat yang sangat lembut...terima kasih atas perkongsian kak ros..moga Allah membalas jasa baik akak...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Sofie.. sharing is caring..ngeee

      Delete
  3. Good sharing... Tumpang baca...

    ReplyDelete
  4. Betapa indahnya nilainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kongsi untuk cik akak sekali..heheh

      Delete
  5. thank you kak untuk perkongsian :( Hana down sangat Jumaat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pergi biar pergi Hana.. yang hidup teruskan..doa aje..:)

      Delete
  6. Bila kita semakin dekat dengan agama, kita tahu yg kita perlu sayang dan kasih kepada semua orang trmasuk juga si pendosa. Bukan hanya tahu menghukum orang je.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk berita hangat ni, Ros. Ada juga sesuatu untuk saya fikirkan hari ini :)

    ReplyDelete
  8. tq for sharing ni ros.
    bait-bait ayat yg sungguh bagus dan beri pedoman :)

    ReplyDelete