Tuesday, 2 February 2016

Apakah Advertorial | 6 Tips Menulis Advertorial

Sebelum ini saya ada menulis tentang cara dapat income dari blog dengan menulis iklan advertorial di SINI. Kali ini saya terangkan apakah sebenarnya advertorial. Advertorial ialah kaedah pengiklanan yang dibuat melalui penulisan artikel ( editorial ). Kaedah ini sangat berkesan untuk menghasilkan jualan dan ia merupakan salah satu kaedah pengiklanan terbaik bagi advertiser untuk melonjakkan jualan bagi produk dan perkhidmatan mereka. 


 
Rata-rata blogger tahu mengenai advertorial dan bagi yang pertama kali dengar maksud advertorial adalah dari perkataan advertising dan editorial. Kebanyakan advertorial di internet adalah memalui laman blog dimana pemilik atau penulis blog akan menulis ulasan untuk sesuatu produk, perkhidmatan, lama web atau apa sahaja yang diminta oleh pengiklan. Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Jika korang sekadar membuat review sahaja tanpa bayaran, ia tidak dipanggil advertorial. Perkataan advertorial hanya digunakan apabila review korang itu dibayar.


An advertorial is a combination of advertisement and editorial. It's a news or human interest story that sells product or services. The art of writing a good advertorial is to get the right balance between story and sale.


Contoh advertorial seperti SINI. Tapi itu hanyalah contoh yang sangat ringkas dari saya seorang beginner dan saya sendiri masih belajar tentang advertorial dan cara menulis advertorial yang baik. Kalau korang rajin google, ada banyak maklumat/info tentang cara menulis advertorial yang bagus tapi kebanyakkan dalam versi bahasa inggeris. Untuk versi bahasa melayu pula carian lebih tertumpu dari versi bahasa melayu indonesia dan hanya beberapa ketul sahaja versi bahasa melayu malaysia. Di sini saya kongsi/sertakan beberapa tips menulis advertorial/ paid review, semoga bermanfaat :


1. Menulis dengan gaya/bahasa sendiri
Bagaimana cara penulisan blog korang macam itu juga lah gaya penulisan advertorial. jangan pula biasa guna aku kau di blog tiba2 bila menulis advertorial tukar saya awak pula kan.

2. Buat research, study context/headlines/opening/audience dan sebagainya.
Ini penting supaya cerita yang korang nak create tu bersesuaianlah dengan tugasan/kerja-kerja advertorial yang diberi.

3. Use photographs and illustrations wisely-Kalau ada gambar pengalaman sendiri lagi bagus

4. Fokus kelebihan dan manfaat utama produk yang dipromosi - 5W+1H mungkin membantu dalam menerangkan produk/servis

5. Artikel tidak terlalu kelihatan seperti iklan- ( balance between story and sale ) contoh artikel advertorial versi bahasa inggeris boleh lihat SINI.

6. Perlu ada CTA . CTA ialah Call To Action untuk memberitahu pelanggan apakah tindakan seterusnya. contoh info lanjut hubungi kami di FB/ WA/ Sila ke laman WEB A atau apa-apalah asalkan ianya menujukkan CTA.


8 comments:

  1. Thanks for sharing! Azwar masih memperbaiki mutu penulisan. Nak tahulah apa tu 5W+1H?

    ReplyDelete
  2. Sama2 Syuhada..5W+1H (Who, What, Where, When, Why, How)

    ReplyDelete
  3. Bagus ni, Ros. Nanti Ros kongsi lagi ye pengalaman Ros tulis advertorial ni especially melalui advertorial.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Farah..apa yang tahu saya share je sebab sendiri pun sedang sama2 belajar nih.

      Delete
  4. PC teringin juga nak buat ni..hihihihi..in sha Allah satu masa kot..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah masa tu akan tiba nanti..hehe

      Delete
  5. perkongsian yang sangat bagus ni kak ros! insyaAllah akan diamalkan kesemua tips nih...

    ReplyDelete