Thursday, 4 February 2016

Aloe Vera | Review ORIKS Refresh Aloe Mask

Kenal tak pokok Aloe Vera? Kita panggil pokok Lidah Buaya! Tumbuhan ini terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan semulajadi dan telah dijadikan amalan dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Dulu abah saya tanam lidah buaya dan bila musim-musim sukan/aktiviti sekolah memang rajin guna gel lidah buaya lumurkan di muka sebagai mask.Tujuannya untuk memulihkan kesan terbakar kulit. Itu dulu...


Aloe Vera  is a succulent plant species.Extract from Aloe Vera are widely used for health, beauty, medicinal and skin care properties.Today, the Aloe Vera plant has been used for various purposes in dermatology.

Sekarang ada tak yang nak ambil daun lidah buaya terus potong dan sapu di muka? Ada? Saya sendiri pun taknak, hehehe. Berlambak dah produk-produk yang berasaskan lidah buaya dalam pasaran sekarang. Pilih saja mana suka. Dengan kuasa dihujung jari  saya gunakan klik-klik online untuk dapatkan ORIKS Refresh Aloe Mask kat SINI. Sebelum ni pernah guna mandian berasaskan lidah buaya tapi tak pernah cuba lagi mask aloe vera versi moden , kiranya percubaan pertama



Gel ini warnanya jernih kehijauan dan likat. Ciri-ciri yang sama seperti gel daun lidah buaya asli yang saya pernah guna. Bezanya yang ini berbau wangi. Dengan kandungan 12g, dapat 5 kali penggunaan ( Simpan tempat sejuk ya ). Jimatlah kan? Harga berpatutan. Memang best sangat sampai kali pertama saya guna dua kali dalam sehari. Teruja dengan hasil yang pertama agaknya. Sebenarnya mask ORIKS ada beberapa jenis iaitu Aqua Mask,Aloe Mask, Pink Clay Mask, Pore Mask dan Ripe Persimmon Mask. Saya pilih Aloe Mask sebab saya suka produk yang ada fungsi memulih/membaiki dalam masa sama melembap. Kalau yang pernah guna aloe mask mesti tahu yang mask ini bantu kurangkan rasa hangat dan tak selesa pada kulit.

Sesuai untuk semua jenis kulit. Bantu pulih kesan kulit terbakar, mengecut jerawat dan memulihkan kesan luka-luka jerawat, melembap dan  melegakan kulit yang merengsa dan ruam. Produk berasaskan lidah buaya selalunya memang tak mengecewakan. Kandungan protein, kalsium, magnesium, zink, vitamin A, E, C, Asid Amino dan enzim-enzim dalam lidah buaya itu sendiri banyak mempengaruhi fungsi dan kesannya terutama aspek kesihatan dan kecantikan. 4/5 bintang untuk ORIKS Refresh Aloe Mask.^^



10 comments:

  1. Kak PC kalau balik kampung rajin juga guna lidah buaya ni..patahkan sapu di kepala..biarkan sampai kering baru cuci dengan syampu..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul2..penah buat juga ni nak bagi lebat rambut kan..heheh tapi ros pernah letak kat kening ngan bulu mata gak sebab nak lebatkan kening ngan bulu mata dulu2..hihi

      Delete
  2. Saya pakai aloe vera product tapi jenama lain, memang berkesan. Saya rasa, apa-apa produk kalau buat daripada aloe vera, insya Allah akan berkesan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Farah! kalau selalu yang cuak2 nak try apa2 produk dalam pasaran takut kulit tak sesuai ke apa ke elok cari yang main ingredient aloevera memang berkesan.

      Delete
  3. Saya suka guna produk aloe vera tapi yg ini tak pernah cuba lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kalau aloevera InsyaAllah bagus kan Farrah.

      Delete
  4. skrg de yg lebih mudah.. bgusnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang boleh beli..klik klik je cik EN.. hihihi

      Delete
  5. pergi Seoul hari tu ada beli Aloe vera Gel..dgn tujuan nak hilangkan kesan terbakar...sapu kat muka..sejuk je..bagus produk Aloe Vera ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. betul dulu mula2 pandai guna sebab nak cepat pulihkan sunburn la.. tapi dulu guna direct gel dari daun lidah buaya..busuk pun tahan..nak cun punya pasal..hihi.. sekarang gel-gel semua wangi2.

      Delete