Saturday, 23 January 2016

When I was a kid 2 Review | Childhood stories by Boey

Boey sebelum ini berjaya dengan buku When I Was a Kid, kali ni berjaya juga memikat hati saya dengan buku When I Was a Kid 2. Buku ni sebenarnya tentang cerita zaman kanak-kanak Boey. Kalau korang baca buku ni pun saya percaya apa yang dilalui Boey juga sama/lebih kurang macam yang kita lalui. Secara tak lansung mesti rasa macam diri kita dalam tu sebab rata-rata kanak- kanak kat Malaysia memang macam tu kot. Kenangan zaman kanak-kanak sebenarnya sangat menarik. Kita buat apa sahaja tanpa rasa takut tanpa fikir risiko dan sebagainya. Hakikat sebenarnya kita merindui zaman kanak-kanak yang tak boleh diulang semula. kadang-kadang kenangan mampu memberi "jiwa" tau..heheh



Ni salah satu cerita ringkas dalam buku ni yang rasanya permainan ni kita main juga masa kecik kan. hahaha. rasa macam nak ulang balik..tapi takkan lah kan.. gila ke apa..




Banyak cerita yang memang kena dan sama macam yang kita buat dulu masa kanak-kanak dan bezanya bila kita dewasa kenapa kita jadi begini dan begitu. kaitannya ?.. haa nak tahu? Ada lagi buku yang kena baca ni.. ^^ Saya enjoy je baca buku ni tak tahulah orang lain.hehe. btw apapun bahan bacaan korang buat masa ini. selamat membaca dan memikir ye. Babai ^^

14 comments:

  1. wah thanks utk review ni . best sgt . Sya suka baca buku ni jugak xP . rase mcm diri sendiri dlm buku hehehe . tapi baru sempat baca buku yg pertama je, buku kedua tak sempat . hmhm . kena pergi beli ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak yang no. 2 ni akk tengah baca no.3 plak

      Delete
  2. aaaa qila suka bukuuu niiiii ihihihi cute je alaaahai

    ReplyDelete
  3. Bagi kak PC zaman kanak kanak macam golden time...ada sentimental value tersendiri...main sambil kaki ayam tapi kat mulut dok makan ais krim Malaysia...lelaki perempuan main sama sama macam adik beradik dan mak ayah tidak risau mengenai perkara yang bukan bukan dan sebagainya kerana bermain dalam erti kata sebenar...tiada istilah ambil kesempatan..lagi lagi hujung minggu..gaduh merajuk berbaik semula ketawa itu dah biasa..sweet sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. zaman kanak2 memang banyak sentimental value. hahaha aiskrim malaysia sedap sangat kan kak.. lagi2 kalau yang bubur durian tu buat aiskrim Ya Allah heavennya makan sambil melompat main getah pastu main nyorok2 lagi.siap main hujan.hehehe.

      Delete
  4. ni buku cerita ke? cutenya! nampak cm buku nota je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah buku cerita mazni tapi macam diary la kot. best baca.hehe

      Delete
  5. Replies
    1. cartoon tu comel. tulisan pun kan. pastu senang baca.:)

      Delete
  6. Zaman cik akak budak dulu suka beno main benda macam nie..hihi..yang paling serius..main kawen2 pula.dah..hahaha..

    ReplyDelete
  7. hahaha omg the book is so cute.. memang macam budak2 tulis.. except masa MD budak2 memang english hancus.. eh tapi sekarang pon sama.. adehhh

    ReplyDelete
  8. Saya pun suka baca buku ni. Tapi tak jadikan koleksi. Habis baca je bagi kat anak buah :)

    ReplyDelete
  9. Lagi satu saya personally suka baca Diary of Whimpy Kid :)

    ReplyDelete