Thursday, 21 January 2016

SKII Facial Treatment Essence Review | Rawatan Istimewa Kulit

Sepanjang Januari saya  sibuk dan sedikit tekanan! Kali terakhir rasa macam ni sewaktu berkursus dan menyiapkan dokumen syarikat dan laporan untuk GST implementation bulan March dan April tahun lepas. Bila fokus kerja selalunya dah tak kisah kulit muka jadi  kusam dan kering, senang cakap tak kisah kalau comot. Cara paling senang nak selesai masalah, saya guna SKII-Facial Treatment Essence atau singkatannya SKII-FTE. Memandangkan dah lama guna produk ni jadi saya nak review dan kongsi pengalaman mengenai FTE. Pada saya istimewanya FTE, ialah kandungan 90% pitera yang di akui kesannya sangat baik untuk merawat kulit saya yang sensitif,kering dan kusam. Tak hairan dikalangan pengguna dan penggemar produk SKII, FTE digelar miracle water. Disebabkan saya tidak menggunakan sebarang make-up, maka secara automatiknya jadi cerewet  memilih skincare. Untuk saya, FTE sahaja sudah cukup sebab ia memenuhi semua keperluan kulit yang saya nak. 




Kalau ikut prosedur standard ada tiga rutin asas iaitu membersih (Facial Treatment Cleanser-FTC), menyegar (Facial Treatment Clear Lotion-FCL) dan melembap (Facial Treatment Essence-FTE). Bagi saya melembap paling penting, yang lain kalau habis boleh relax lagi tapi kalau FTE habis, rasa nak pitam kejap. Kenapa priority lebih kepada FTE, sebab saya memang puashati sepanjang menggunakannya, kulit lebih lembap, tekstur kulit pula jadi lembut dan kenyal. Kulit saya ni mudah naik jerawat dan alergi dengan habuk/panas, malah cepat naik bintik merah so memang sesuai guna FTE, blackhead pun kurang jadi nampaklah glowing ..hehee. Alaa..nama pun perempuan, sebolehnya nak kulit bersih flawless kan. FTE ni pun senang absorbed dalam kulit, tak berminyak atau melekit. Kesan dah boleh nampak seawal 14 hari. Saya guna SKII-FTE sejak belajar, dah lebih 7 tahun dan InsyaAllah akan terus guna walaupun kadang ada masa-masa selalu malas dan skip tapi kalau untuk rawatan wajah luaran , FTE dari SKII ini tetap menjadi pilihan hati.




 
Selalu ada orang tertanya-tanya sesuai ke guna produk SKII? Sebenarnya dari segi teori produk SKII memang sesuai untuk kita sebab produk ini buatan Jepun. Kajian dan penghasilan bersandarkan sample kulit orang Asia juga. Secara praktikal terpulang kepada korang nak mencuba. Kalau korang nak tahu sesuai atau tidak korang cuba dengan satu produk SKII dulu dan produk itu mestilah FTE. Kalau ada keserasian dengan FTE InsyaAllah yang lain semua ok. SKII ni terkenal dengan miracle essence ( pitera ) dan produk mereka berasaskan pitera jadi korang cuba FTE dulu atau mungkin juga boleh cuba trial set yang mengandungi FTE 75ml, FCL 30ml dan 1 Facial Treatment Mask. Dan pesanan untuk korang kalau nak tahu apa itu pitera rajin-rajinlah googling! ^^ 



Info lanjut boleh ke SINI atau SINI

 

6 comments:

  1. Dengar kata SK II ni memang berkesan cuma mahal sikit harganya. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAlah memang berkesan.tu yang jimat2 guna dapat tahan 3 bulan untuk sekali beli.

      Delete
  2. Emmm tasnim belum mampu memiliki ini ini dan ini :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemahuan insyaAllah ada jalan.betul tak? :)

      Delete
  3. Wah dah lama cik akak berhajat nak guna sk 2 nie...
    Agak mahal....tapi berbaloi juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berhajat tu patut cuba cik akak. insyaAllah memang berbaloi.

      Delete