Monday, 4 January 2016

Pakaian Muslimah Terbaru

Sempena tahun 2016 ramai blogger yang tampil dengan wajah baru untuk blog mereka. New Year with New Look.Tahniah! korang hebat! Hey percaya tak bukan blog je perlu berwajah baru, kita yang perempuan juga sentiasa perlukan perubahan baru.Maksud saya berkaitan penampilan diri.Saya peminat fesyen! Dan sentiasa ikuti perkembangan semasa dalam dan luar negara terutamanya fesyen yang sesuai dengan saya seorang Muslimah.Penampilan diri tu penting. Sebagai seorang Muslimah banyak yang perlu diambilkira jadi haruslah memilih yang terbaik.Kalau korang nak tahu trend fesyen Muslimah antara trend yang paling pesat berkembang. Siapa yang tak kenal Dian Pelangi , Hana Tajima , Aliza Kim dan  Eslimah ( sekadar menyebut beberapa nama ) antara pioneer yang membuktikan fesyen Muslimah bukan sahaja berkembang pesat dan mendapat tempat di Malaysia malahan diseluruh dunia. Korang tahu tak apakah trend pakaian Muslimah terbaru  yang kini sedang trending worldwide? ^^


Dress Muslimah / Maxi Dress
Cuba tengok koleksi dress Muslimah ni. cantik kan? Ramai je antara kita yang suka pakai dress-dress cantik macam ni sebab sesuai untuk casual dan majlis-majlis istimewa. Dress sekarang banyak yang direka khas untuk wanita bertudung dan patuh syariah instead of jubah kita ada pilihan lain kalau nak cari pakaian muslimah yang sesuai. ^^



 Blouse Muslimah

Yang ini pula antara blouse Muslimah yang bakal trending 2016 ni. Suka tak? Hadir dengan rekaan dan corak menarik! Bakal menjadi antara koleksi terbaru yang digemari wanita Muslimah zaman ini . Blouse moden yang lebih longgar dan selesa menjadikan si pemakai tampil  lebih sopan dan bergaya. Sesuai untuk yang suka penampilan ringkas tapi masih memukau.


Palazzo Pants & Jogger Pants

Korang biasa tak pakai palazzo/ jogger pants ke mana-mana? Seluar berpotongan longgar yang selesa untuk wanita Muslimah . Tak perlu lagi pakai jeans yang ketat dan sendat sebab memang kurang sesuai dengan imej Muslimah. Lebih sopan dan menyerlah kalau tampil dengan palazzo. Simple dan nice .Penampilan anggun dan bersahaja tampak lebih meyakinkan. Tak percaya? Dapatkan koleksi terbaru yang kini sedang trending.^^


 Outerwear ( Cardigan / Jackets )

Dan untuk wanita Muslimah yang sukakan fesyen, ini adalah salah satu pakaian pilihan sebagai pelengkap gaya. Kalau nama pelengkap gaya maknanya sesuai digayakan samaada korang pakai blouse, dress, palazzo, skirt labuh dan T-shirt biasa. Macam yang Hana Tajima dan Dian gayakan ni.Nak tahu ? sebenarnya artis hollywood paling gemar mengenakan jacket/cardigan sebagai pakaian casual. Memanglah salah satu faktor sebab cuaca tapi tak dinafikan mereka memang ikon fesyen yang sentiasa memberi inspirasi kepada pereka . Boleh saja kalau disuaipadankan gaya mereka dengan trend muslimah yang sedang in sekarang. 


Hollywood actress menggayakan cardigan/jackets 

Bijak suaipadan gaya tetapi masih sopan? Pilihan di tangan anda ^^


18 comments:

  1. skrang ni pakaian muslimah dah banyak pilihan.. senang nak memilih & still fashionable

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul banyak pilihan tapi kena pilih betul2 sesuai..takut jadi mangsa fesyen plak..hihi

      Delete
    2. Setuju. Jadi mangsa fesyen tulah yang bahaya hehehe

      Delete
  2. cantik! Lissa selalu pakai jeans dengan skirt.. nak try pakai palazzo.. tapi kaki lissa pendek. ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sama la pendek jugak.. tapi ada je palazzo sesuai tu lissa. tapi pakai skirt lagi best kot.

      Delete
  3. Tapi eyja tak suka sangatlah bila ada yang bertudung over sangat hipsternya. Dengan lengan baju tiga suku, seluar senteng. Tudung tak kesahlah bawal ke shawl ke tetap singkat sampai leher. Hmm. Fesyen berlebihan sangat. Semoga kita tak cemtu. Aamiin btw feseyen kat atas sangat cantik. ahaks xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ialah semoga kita sentiasa alert bila memilih fesyen sesuai. boleh je bergaya tapi berpada2 ..^^

      Delete
  4. Wah, Ros dapat buat collaboration dengan Zalora ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki 2016..hehehe

      Delete
  5. suka tengok orang berfesyen.tapi sendiri nak berfesyen,tak reti la pulak.

    ReplyDelete
  6. Saya pula, pakai apa yang ada je. hahaha >.<

    ReplyDelete
  7. nice.
    yg penting, tutup aurat kan ?

    ReplyDelete
  8. dah senang nak dapat fashion muslimah sekarang, tinggal diri sendiri kena decide which identity kita nak bawak kan :)

    ReplyDelete
  9. cantik2... tertarik dgn sluar tu

    ReplyDelete
  10. agak2 berapa la harga pakaian dalam gambar2 ni yer.

    ReplyDelete