Wednesday, 30 December 2015

Superfoods for Glowing Skin 2

Assalamualaikum..
sehari lagi nak masuk tahun baru 2016 masehi kan. so selamat tahun baru kepada semua rakan blogger saya. Tahun baru bermaksud bertambah segalanya...so apa sahaja yang bertambah. semoga semuanya membawa kita BERTAMBAH DEKAT denganNYA.

Jadi sempena tahun baru ni kita share makanan terbaik untuk dapatkan glowing skin.. mana tahu ada yang nak kawin /tunang/ cari teman baru/ nak keyakinan dan nak kekalkan kesihatan dan kecantikan. Menurut Kimberly Snyder author of The Beauty Detox Solution, ada 6 makanan terbaik untuk kulit cantik. These 6 powerful superfood will give us complexion beauty inside out. tak caya cuba amalkan dulu k.

SEAWEED
Bersifat anti radang.. so secara tak lansung akan bantu kurangkan masalah jerawat , jeragat dan kulit kusam. 


FIGS
Ni antara makanan terbaik yang dah tertulis dalam Al-Quran. tapi rata2 orang kita jarang amalkan mungkin sebab susah nak dapatkan di sini kecuali yang kering .. Kalau korang nak tahu, tiny seeds in figs are packed with plenty of nutrients that helps to cleanse our digestive tract dari toksin dan mukus..hasilnya kulit akan memancar. so pastikan sistem pencernaan sentiasa sihat dan bersih. Cuba hayati sikit doa ni.

"ngufranaka alhamdulillahhillazi az'haba a'nil  a za wa'afa'ani"
aku memohon keampunanMu ya Allah. segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kekotoran dariku dan menyihatkanku.

Doa keluar tandas je ni. sekarang faham tak betapa pentingnya kebersihan sistem percernaan? kalau tak membuang berhari tu maknanya kita simpan benda kotor/toksin dalam badan.. so kulit muka akan dapat tempiasnya.




SWEETPOTATO
haaa.. this food has the skin brightening combo of vitamin A and C which help neutralise free radicals. dah la sedap.. rebus boleh nak buat pie/ cake dan macam2 jenis masakan. ^^sweet potato ni ubi keledek lemak manis yang isinya warna oren tu. kita selalu nampak orang buat keledek goreng je kat malaysia ni.


CUCUMBERS
timun femes jugak untuk glowing skin. High in vitamin B and electrolytes.Orang cakap timun tu sejuk perempuan tak elok makan.. tapi timun tu sebenarnya bagus dimakan sebab timun ni build skin radiance from within. so tak cukup tampal muka kita makan banyak sikit timun ye. ^^


ACAI
Dalam banyak2 buah berries yang ada, acaiberries antara keturunan berries paling tinggi antioxidants yang membolehkan ia menjadi salah satu superfood for brightening terutamanya untuk kulit yang kusam2 tu. tapi sini nak makan acai memang kos la juga. nak lagi senang makan vitamin E je .



SPADELEAF
Sayur ni nama saintifiknya Centella asiatica dijadikan sebagai salad . kalau amalkan makan ni kulit akan lebih glowing sebabnya pegaga ni bagus untuk melancarkan peredaran darah ,aliran darah sihat akan naikkan seri wajah.^^ bagus untuk hilangkan jeragat dan kulit kusam. untuk rendahkan kolesterol dan banyak lagi. kesimpulannya amalkan makan pegaga sebagai ulaman ye.


HAPPY NEW YEAR 2016

17 comments:

  1. pernah tampal timun je lah kat mata. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tampal dan makan la lepas ni Tomo..ngee^^

      Delete
  2. Semua superfood kat atas tu mudah didapati dan murah kosnya. Boleh amalkan. Saya suka makan seaweed dengan bubur nasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang seaweed kering tu ke.. macam masin2 sedap tu kalau makan ngan bubur. nak cuba nanti.

      Delete
  3. Seaweed tu nampak scary. Macam alien. Erk?! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee. mula2 dulu akak rasa geli . tapi bila try sekali memang sedap la Ana.^^

      Delete
  4. tq 4 info.
    Alhamdulillah, Fiefi suka makan sweet potatoes n timun =)

    ReplyDelete
  5. dekat mana nak beli seaweed yg fresh tu?

    http://najwazahid94.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. seaweed yang macam dalam gambar ni dulu akak pernah beli kat Jusco.

      Delete
  6. rasa mcm nk cari mlm ni juga. seaweed tu yg basah ke mcm mne?

    ReplyDelete
  7. yang basah boleh kering pun boleh..pernah beli yang basah macam pic atas ni dulu.. beli kat Jusco.^^

    ReplyDelete
  8. Banyak-banyak ni, saya makan seaweed je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kena makan gak yang lain Farah..hee^^

      Delete
  9. acai? spadaleaf? figs? berkerut dahi baca...huhuhu
    paling senang pegaga dengan timun aje cik ros! ^_^!

    ReplyDelete
  10. biar berkerut.. hahaha..yang penting baca sampai habis..ngeee^^

    ReplyDelete
  11. sedap nyer sweet potato tu.
    rebus. ngap ngap :)

    ReplyDelete