Sunday, 13 December 2015

apa salahnya kalau kaya

ini bukanlah luahan perasaan. ini hanya sekadar pandangan dan pendapat mungkin juga sedikit pengalaman . tak dinafikan kita jadi begini sebab faktor keliling yang telah mempengaruhi minda dan cara kita berfikir. sebagai contoh biasanya bila orang kaya  selalu berkait rapat dengan sombong dan berlagak .disebabkan kita tak suka perangainya lalu kita taknak jadi kaya sebab takut riak. ini adalah salah . adakah kita dengki dengan kekayaan yang dimilikinya? tentu tak kan? kita cuma tak suka kan perangainya. jadi lebih baik berdoa kamu juga akan kaya/menjadi kaya tapi yang bersyukur dan bertaqwa. senang kan? contoh lain. buat apa simpan emas banyak- banyak nanti kena bayar zakat . ini salah . hey takut kena bayar zakat? tanpa emas pun ada banyak cukai keliling pinggang perlu bayar tau! zakat membersih harta mendekatkan diri padaNya . untuk bangun ummah .tanda syukur juga ! kita islam tapi takut kene bayar zakat? boleh mundur berpanjangan kalau macam ni.sedih kan? 

Jangan berhenti berniaga walaupun sudah kaya, justeru kita berniaga bukan kerana keuntungan tetapi kerana Allah memerintahkan kita untuk memberi kebaikan. Perintah memberi kebaikan sebagai khalifah adalah tugas sepanjang hayat . 

tak kisah pun sebenarnya miskin atau kaya . yang penting bahagia . bagaimana dikatakan bahagia? jadilah  orang miskin yang bersabar dan jadilah orang kaya yang bersyukur . jika baca dari tulisan . untuk bersyukur nampak lebih mudah . betul tak?  bersabar itu  macam nampak  sukar berbanding bersyukur kan? sebab kita ni sebenarnya lebih mudah mengeluh dan hilang sabar sebab kita sendiri letakkan had dalam bersabar .dengan tekanan yang hebat begitu sulit menjadi benar2 sabar . bersyukur sebenarnya lebih mudah. tapi kalau semudah itu pun kita sukar melakukan...bayangkan je la akibat yang menanti. memandangkan siapa kita di sisiNya adalah berdasarkan ketaqwaan kita- maka memilih untuk jadi orang kaya yang bertaqwa tak ada salahnya. siapa taknak kaya didunia dan berjaya di akhirat kan. :)



37 comments:

  1. Betul kaya dunia tapi tidak sombong dan sangat merendah diri...berjaya akhirat syurga jadi destinasi..

    ReplyDelete
  2. Tak salah untuk kaya tetapi hendaklah bersederhana...Wasatiyyah (kesederhanaan) :-D

    ReplyDelete
  3. semua nak kaya kan... yg penting kaya iman....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga menjadi kaya dan bertaqwa :)

      Delete
  4. Ada ke orang yang tak nak jadi kaya sebab takut berlagak semua tu? Serious saya tak pernah jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dan akan jumpa.lebih dari tu pun ada :)

      Delete
  5. mmg buat bisnes emas ye? huhu..asyik promote je sejak 2 menjak ni..hehe

    yg penting kaya budi bahasaaaa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha
      betul yg penting kaya budibahasa

      Delete
  6. setiap apa yang diberi oleh Allah s.w.t adalah amanah untuk kita. Jadi kita kena jaga baik-baik amanah tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3 . tu yangsalah satu cara menjaga harta tu perlu di zakatkan

      Delete
  7. betul,kak.. tak guna kaya kalau tak bahagia.. biarlah seimbang dan bersederhana :D

    ReplyDelete
  8. tiada salahnya kalau kita menjadi kaya. yang penting jangan lupa diri siapa kita disisi-Nya

    ReplyDelete
  9. Walaupun bersyukur tu lebih mudah, tapi sayangnya kita sering terlupa untuk bersyukur. Moga kita trgolong dalam kalangan orang yg sentiasa bersyukur.
    Alhamdulillah 4 everything! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu ana. yang paling senang juga kadang jadi paling susah nak buat.
      Aminn :)

      Delete
  10. bagi saya susah nak elak sifat sombong/riak tu. sifat tu sangat dalam tersembunyi dalam hati. dan manusia ni pulak tamak. dah kaya, nak lagi kaya. even dalam Al-Quran pun ada sebut sikit antara manusia yang bersyukur...
    nak berdoa untuk dijauhi sifat-sifat tu memang mudah, yang susahnya bila perlu disertakan usaha. part usaha tu susah. tapi setakat ni cara yang paling berkesan untuk saya adalah seperti yang Nabi kita (SAW) pesan; supaya tengok orang yang lebih bawah daripada kita, nescaya kita akan lebih bersyukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul aisya. mendidik hati manusia paling sukar. tapi insyaAllah kalau benar2 ikhlas Allah akan bantu dan mudahkan lg . semoga kita selalu sabar dan bersyukur

      Delete
  11. Nak kaya tu boleh...
    Tapi seimbangkan kekayaan budi perkerti juga...

    ReplyDelete
  12. Yup.. I always wanna be rich.. Tp lupa nak syukur dengan nikmat yang Allah dah bagi.. Muhasabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama pun manusia fitrah selalu lupa.. tapi bila lupa kita sama2 muhasabah kan..:)

      Delete
  13. Yang penting kita kena ubah persepsi kita kan,.. kaya atau miskin, kita syukuri setiap nikmat yg Allah kurniakan dan cuba baiki diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang sebaiknya.. sentiasa perbaiki diri segala aspek :)

      Delete
  14. TQ Ros...

    Salah satu lagi tujuan kte kaya di dunia nie...sbb kekayaan kte tu bukan tuk kte seorg sahaja....juga untuk org lain kan...
    Tengok mcm mana mengasas bank Al-Rajhi....dia sedekahkan hampir keseluruhan hartanya untuk kebajikan ke jalan Allah...boleh baca kisahnya di Mr.Google...gitulah niat saya jugak..hiihi moga dimakbulkan ye...namun juga x kaya pun...jgn lupa bayar zakat...hihihihi...sedekah senyuman pun sama...kalo kte blogger2 nie...x nampak 1 sama lain...sedekah ayat2 manis yg boleh memberangsangkan blogger2 lain jugak sedekah kan...wahhh panjang lebo...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha. panjang lebo lagi best n semangat nak baca. heheh.. betul2 slah satu tujuan kaya untuk beri kebaikan pd orang lain. lagi banyak beri lagi kaya kan.. sebab apa yang kita bagi itulah harta sebenar kita kat akhirat.. bukan harta yang kita simpan.semoga niat riana dimakbulkan. amin3 ciri2 kaya dah ada tu..berjiwa besar. semoga Allah sentiasa memudahkan jalan.. :) sedekah senyum boleh kan..

      Delete
  15. tq klik, saya klik sini jugak :)

    tapi, saya oernah terbaca di blog yumida yang kita tak boleh promote lebih dr 1 link dalam 1 post yg sama sebab nanti dia tak detect, sy pun tak pasti..cuba google cara share.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ. sudi klik hehe :)

      wah kena baca ni..ok2 nanti kita update ..:)

      Delete
  16. Semoga saya tidak lupa diri bila dah kaya nanti...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah. kaya dan berjaya dunia akhirat . amin

      Delete
  17. Trend skang kowt kumpul duit nak kata dunia.. Huhu

    ReplyDelete
  18. Sekiranya kaya, itu adalah rezeki buat kira. Disamping dpt mmbntu mereka yng memerlukan..

    ReplyDelete
  19. lagi kaya, lagi byk dpt sedekah.
    in shaa Allah.

    ReplyDelete