Tuesday, 10 November 2015

Ingatkan Diri Sendiri

rasa yang patut ada pada DIA

penat kerja pergi bersiram
bersiram dengan air sungai
bila nasihat angguk paham
belakang2 buat perangai

pergi kebun petik ceri
tak perasan kaki terpijak duri
berasa baik diri sendiri
buruk orang dikeji-keji

budak2 main senapang
berlari lari sampai senja
yang buruk2 tu orang
yang baik2 kita sahaja

pergi pasar beli salad
jangan lupa ulam pegaga
sabar mana ada had
terus bersabar baru kesyurga

anak kambing dalam gua
dari gembala dia sembunyi
takut nanti tak sempat tua
kiamat pulak yang berdiri

tak kenyang dipuji dan tak mati dikeji

err..jemput ye join SEGMEN SAYA. segmen tu menghantui 7 hari jek.. hihihi :)

17 comments:

  1. sarat dengan teguran pesanan, terima kasih kak

    ReplyDelete
  2. Rama- rama di pohon duri,
    Mati tertangkap si anak pak Ali,
    Sekali kita merendah diri,
    Hubungan sesama insan pasti diberkati

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala comel.. cik akak balas pantun sini
      insyaAllah- tq :)

      Delete
    2. Ala..cik akak nie suka berpantun..hihi...

      Delete
  3. Penuh dgn nasihat dan tguran.. In shaa Allah

    ReplyDelete
  4. penuh makna tersendiri.. nice :):)

    ReplyDelete
  5. sajak yg simple tapi banyak nasihat :D
    btw pandainya akak cipta sajak sendiri, hihi

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak berpantun..tapi memang pantun nasihat ni terbaik..ada mesej yang nak disampaikan..thanks Ros : )

    ReplyDelete
  7. ala, xde idea pulak nak balas pantun..hehee :) nice pantun Sis Ros

    ReplyDelete
  8. Pantung yang sungguh bermakna..

    ReplyDelete