Friday, 2 October 2015

Cubaan Pertama Buat Kacang Pol

Assalamualaikum..

Menu makan malam saya hari ni..
Kacang Pol dan roti je..buat sendiri cubaan pertama..hihi..
Nak tau sedap ke tak kene try sendiri la..




Cara buat Kuah Kacang Pol

1 tin kacang Foul ( Tos air dan lenyek )
1 tin kacang panggang ( Saya guna Ayam Brand )
200g daging cincang halus ( Saya guna Daging Kambing )
10 biji bawang merah- kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia -kisar
1 sudu besar Serbuk Ketumbar
1 sudu besar Serbuk Kari Daging
Serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa
Butter/minyak untuk tumis 
2 cawan air ikut kesesuaian kepekatan

Campur semua bahan kisar, serbuk kari, serbuk ketumbar, sikit air dan tumis.
masukkan daging kisar dan kacau hingga daging masak..kemudian masukkan air dan kacau hingga didih...Masukkan kacang foul dan kacang panggang beserta sosnya..garam gula, lada hitam secukup rasa dan kacau hingga pekat ( ikut selera nak pekat atau cair sedikit terpulang )

Telur goyang 
Bawang merah potong dadu
CiliPadi hiris nipis
Nak lebih sedap perahkan limau..( saya takde limau plak )

Roti saya guna roti gardenia
Hanya sapu butter dan garlic kemudian bakar ..:)
Kenyang Alhamdulillah :)

11 comments:

  1. Wah kak... Nampak sedap laaaaaaaaaaa... Tak pernah lagi makan kacang pol...
    Thanks share resepi :)

    ReplyDelete
  2. kcg pol tu ape..hahah xtau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti garlic n kuah kari daging yg dimasak ngan kacang panggang ( kacang pol ) dik..pastu ada telur -hihihi- cubalah..

      Delete
  3. resepi yang menarik, bole try this
    anyway, blokwalking here

    ReplyDelete
  4. selalu dengar nama makanan ni..tp tak pernah try..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try tu- kalau kat melaka ni ada kat sg udang n melaka baru..ce try google - dia ada jual kat byk lokasi :)

      Delete
  5. Salam singgah sini sis....diana pun tak pernah lagi makan kacang pol ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap la dik..insyaAllah puashati..hihi :)

      Delete
  6. Uishhh, sedapnya! Boleh cuba buat ni. Saya dari dulu teringin nak makan, tapi area tempat tinggal saya susah nak cari orang jual dish ni :)

    ReplyDelete