Friday, 11 September 2015

Apa yang kita faham tentang rezeki

Assalamualaikum
Korang Tau Tak? Walau apapun persepsi kita terhadap rezeki yang Tuhan berikan, sebagai umat Islam haruslah sentiasa bersangka baik kerana setiap rezeki makhluk di dunia ni termasuk kita yg bernama manusia telahpun ditetapkan oleh Allah SWT.Ingat..rezeki yang ditetapkan untuk kita takkan pernah akan sampai kepada orang lain dan rezeki yang ditetapkan untuk orang lain takkan pernah pula sampai kepada kita.Buat la macammana sekalipun cara kalau rezeki Allah kata kita punya mmg kita akan dapat-kalau ada yang nak mencantas, kalau ada yang menabur pasir pun..akan tetap datang juga rezeki itu kat kita. Kalau takde maknanya bukan rezeki kita lah tu..Simple kan? Tapi rezeki ni tidak terbatas dalam bentuk wang dan harta kekayaan semata... namun lebih luas dan menyeluruh..ilmu juga rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga , umur dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat rezeki yang saya dan kita semua selalu tak perasan dan kadang2 sampai lupa nak bersyukur. 

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?” Ar-Rahman

2 comments:

  1. yeap rezeki mcm2 . dan bila kita bersyukur Dia akan tambah :)

    ReplyDelete
  2. Setuju. Konsep rezeki tu luas sangat. Terpulang pada kita nak hargai atau tidak.

    ReplyDelete